Serba Dinamik agih bantuan makanan

Iklan
Serba Dinamik bersama sumbangan yang akan diberikan kepada petugas hadapan di sekitar Shah Alam, Selangor sepanjang Ramadan.

SHAH ALAM - Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik) membantu petugas barisan hadapan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat (PKPB) menerusi agihan bantuan makanan bernilai kira-kira RM500,000 di sekitar kawasan Shah Alam.

Bagi meneruskan kelangsungan Program Tanggungjawab Sosial korporat (CSR) Kumpulan, bantuan pek makanan telah diagihkan sepanjang bulan Ramadan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkuslumus memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Naib Presiden Kumpulan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Umum Serba Dinamik Holdings Berhad, Syaiful Radzman Osman berkata, agihan bantuan makanan itu yang merupakan kelangsungan program Tanggungjawab Sosial korporat (CSR) Serba Dinamik adalah sebagai tanda prihatin dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkuslumus memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

"Kami berharap pek sumbangan Ramadan ini akan membolehkan petugas barisan hadapan menikmati juadah sambil menjalankan tugas dengan mudah dan pantas ketika berbuka serta bersahur," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Iklan

Menurutnya, rangkaian kerjasama dengan Asian Taste, Syarikat SD Impex Sdn Bhd (SDI) telah mengedarkan sebanyak 2,000 pek bubur lambuk, 1,000 pek biskut raya dan 1,000 pek makanan kepada petugas barisan hadapan di sekitar Shah Alam termasuk Hospital Shah Alam, Hospital Avisena, Klinik Kesihatan Seksyen 7 dan 19, Balai Polis Seksyen 6 dan 9 serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seksyen 9.

"Kami turut mengagihkan sebanyak 1,000 pek makanan kepada petugas Serba Dinamik untuk berbuka puasa pada tahun ini," kata beliau.

Iklan