Umat Islam di Pahang solat Aidilfitri di rumah
Iklan
KUANTAN - Solat sunat Aidilfitri di Pahang tidak akan diadakan di masjid berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, ketetapan itu diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri dengan tidak membuka masjid untuk mengadakan solat sunat Aidilfitri secara beramai-ramai susulan penularan koronavirus (Covid-19) di negeri ini.