Mangsa ribut terima bantuan

Iklan
Othman (dua dari kanan) bertemu dengan salah seorang peneroka Felda generasi pertama.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersama kerajaan negeri Melaka memberikan sumbangan kepada 26 keluarga yang terjejas akibat ribut di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Melaka.

Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar berkata, sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah RM750 diberikan oleh kerajaan negeri manakala pek makanan bernilai RM50 diberikan oleh Felda pada setiap keluarga yang terjejas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 26 penerima sumbangan berkenaan terdiri daripada 24 keluarga warga Felda dan dua dalam kalangan bukan peneroka.

Sulaiman (kiri) mengagihkan kit makanan kepada untuk peneroka di Felda Hutan Percha.

"Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban serta kegusaran warga peneroka yang terjejas dalam situasi ribut di kawasan ini, lebih-lebih lagi pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Majlis penyerahan sumbangan itu diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Melaka.

Turut hadir pada program penyerahan sumbangan itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Mohd Ali; Timbalan Pengarah Besar Perladangan dan Pembangunan Peneroka Felda, Anuar Malek dan Pengerusi JPKK Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Nizam Baharom.

Iklan

Selepas majlis berkenaan selesai, mereka turut berkesempatan melawat ke empat rumah peneroka asal.