Oat jadi pilihan sahur Timbalan Menteri MOA

Iklan
Bubur oat ayam

KOTA BHARU - Bersahur penting untuk membantu tubuh kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa ketika Ramadan.

Menu pilihan selalunya ringkas dan paling penting mengenyangkan dan tahan lebih lama.

Iklan
Iklan

Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA), Datuk Che Abdullah Mat Nawi memilih bubur oat atau yang dimasak dan dimakan bersama buah-buahan serta segelas susu segar bagi juadah bersahur.

Beliau bangun seawal jam 5 pagi bagi untuk persiapan sahur bersama isteri, bertahajud dan mengaji al-Quran sebelum menjamah makanan.

Iklan

"Saya sangat suka bersahur dengan oat yang dicampur buah-buahan tempatan seperti mangga atau pisang kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama ketika berpuasa.

"Di samping itu, saya mengamalkan pengambilan tiga biji kurma dan disusuli dengan minum susu kambing segar bagi menambahkan tenaga untuk mengharungi tugasan seharian,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Ujar anak kelahiran Tumpat, Kelantan itu lagi, sebagai seorang pemimpin masyarakat beliau perlu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga untuk bergerak membantu rakyat lebih-lebih lagi ketika usia bakal mencecah 60 tahun pada 14 Jun depan.

"Dalam soal pemakanan saya tidak cerewet dan tiada menu spesifik untuk berbuka puasa tetapi mengutamakan makanan yang memenuhi keperluan nutrisi tubuh.

"Saya mengurangkan pengambilan nasi, minuman manis atau bergula bagi menjaga dan mengekalkan kesihatan sekali gus mengelak daripada menghidap penyakit kronik seperti diabetes.

"Saya bersyukur kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang pertama kali berlaku dalam sejarah perjalanan politik saya lebih 30 tahun ini menyebabkan saya mempunyai masa untuk berbuka puasa dan beribadah bersama keluarga,” katanya.

-----------------------------------------------------------

BUBUR OAT AYAM:

Bahan-bahan:

- 3 sudu makan bijirin oat

- 100 gram daging ayam dipotong dadu

- Bawang putih dicincang halus

- Lobak dipotong bulat

- Brokoli

- 1/2 sudu teh stok ayam

- Daun su /daun bawang

- Lobak masin

- Serbuk lada sulah

Cara Memasak: