Malaysia pilih Mizuho, HSBC and Daiwa sebagai pengatur utama bon samurai
Iklan
Lim Guan Eng
MIZUHO Bank (Malaysia) Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd and Daiwa Capital Markets Ltd (dengan usaha sama Affin Hwang Investment Bank) dilantik sebagai pengatur utama bersama bagi bon 10 tahun Samurai, membabitkan 200 bilion yen (RM7.6 bilion).
Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pengumuman di Perbendaharaan di sini berkata pelantikan itu dibuat selepas enam daripada 27 permohonan yang diterima oleh Kementerian Kewangan, disenarai pendek.
Iklan
Iklan
"Kami yakin ketiga-tiganya merupakan institusi terbaik yang memiliki pengalaman, kepakaran dan keyakinan mereka ke atas ekonomi Malaysia,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat pelantikan kepada wakil pengantur bersama bon Samurai berkenaan.
Guan Eng berkata Japan Bank of International Cooperation (JBIC) akan menjamin bon berkenaan, sebagai sebahagian daripada aturan kerajaan-dengan-kerajaan.
Iklan
"Ini akan membolehkan kerajaan Malaysia membayar semula kadar koupon inklusif dan indikatif kurang daripada 0.65 peratus setahun, termasuk fi jaminan.
"Bon ini dijangka diterbitkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Kami berharap terbitan bon ini dapat dilakukan secepat mungkin selepas lawatan saya untuk menemui pelabur berkaitan, di Tokyo bulan depan,” katanya.
Iklan
Guan Eng berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkannya, dalam kapasiti sebagai menteri kewangan, untuk mengurus keseluruhan terbitan berkenaan dan mengetuai delegasi Malaysia ke Tokyo.
"Terbitan bon Samurai ini membuktikan keyakinan kerajaan Jepun terhadap kepimpinan Dr Mahathir dan menandakan hubungan rapat antara kedua-dua negara,” katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Jepun yang menawarkan jaminan ke atas bon serta Duta Besar Jepun Dr Makio Miyagawa, atas bantain dan sumbangan bermakna beliau dalam memastikan proses rundingan itu berjalan lancar.
Dalam pembentangan Belanjawan 2019 pada November tahun lepas, Lim mengumumkan kerajaan Jepun menawarkan jaminan ke atas terbitan bon Samurai 200 bilion yen dengan tempoh 10 tahun.
Bon Samurai ialah bon yang diterbitkan dalam yen di Tokyo oleh syarikat atau entiti bukan Jepun dan tertakluk kepada peraturan Jepun. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>