IKHLAS santuni masyarakat orang asli

Iklan
Wakil IKHLAS menyumbangkan barangan keperluan asas seperti beras kepada penerima.

PERNIAGAAN baharu di bawah naungan AirAsia.com, IKHLAS telah menyumbangkan barangan keperluan asas kepada 1,700 keluarga orang asli di Jerantut dan Temerloh, Pahang bagi meringankan beban golongan berkenaan.

Usaha berkenaan dijalankan hasil kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ iaitu inisiatif derma digital awam untuk memupuk semangat menderma sempena bulan Ramadan.

Iklan
Iklan

Ketua IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata, pihaknya merafak sembah dan menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana titah baginda telah memberi pihaknya inspirasi dan dorongan untuk memperluaskan rangkaian program amal Ramadan mereka dengan membantu masyarakat orang asli.

"Pelbagai pihak telah bergabung tenaga menyediakan barangan keperluan asas kepada keluarga yang kurang bernasib baik, pasukan barisan hadapan selain membantu peniaga tempatan pada Ramadan ini.

Iklan

"Justeru, kami akan meneruskan usaha untuk mengedar lebih banyak barangan keperluan asas di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

IKHLAS berkata, projek berkenaan turut disokong oleh pelbagai badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam, majlis tempatan daerah, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan Charter Group Aero Sdn."Sejak hari pertama Ramadan, pasukan IKHLAS telah mengedarkan barangan keperluan asas dan juadah berbuka puasa kepada lebih 3,700 keluarga dan 19,050 orang individu di pelbagai lokasi.

Iklan

"Antara lokasi terlibat termasuk Lembah Klang; Kota Kinabalu di Sabah; Jerantut, Temerloh dan Kuantan di Pahang dan Kuala Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Marang, Besut di Terengganu,” katanya. ‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia.

Sehingga kini kempen berkenaan dana sebanyak RM759,000 melalui inisiatif derma digital awam yang diperkenalkan itu.