Kanun tuntut kerajaan tangani isu Rohingya

Iklan
Kenyataan KANUN hari ini.

SHAH ALAM - Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (Kanun) menuntut kerajaan menangani segera isu pelarian Rohingya bagi mengelak sentimen perkauman yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Pengerusinya, Dr Zulqarnain Lukman berkata, sebarang dasar berhubung etnik tertindas itu perlu mengambil kira aspek perundangan berkaitan imigresen, pekerjaan, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan menegaskan tiada seorang pun tanpa mengira sama ada orang itu warganegara atau tidak boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya tanpa menurut undang-undang.

"Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan tiada seorang pun boleh ditahan sebagai hamba abdi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Sehubungan itu, Kanun menuntut kerajaan segera menetapkan dasar terhadap pelarian Rohingya termasuk cadangan mendapatkan komitmen negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lain.

"Kanun tidak mahu isu Rohingya ini berada di awang-awangan isu politik sahaja tanpa langkah konkrit diambil sehingga menyebabkan ada pihak meraih keuntungan dan menindas pelarian," kata Zulqarnain.

Iklan

Tambahnya, isu Rohingya ialah isu kemanusiaan yang perlu ditangani menurut undang-undang Malaysia dan antarabangsa termasuk negara ASEAN.