Pasangan kekasih ditangkap khalwat, tinggal serumah hingga lahir anak luar nikah

Iklan
Pasangan kekasih berusia 21 dan 20 tahun ditahan JAINJ selepas didapati tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan.

JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih yang tinggal serumah seperti suami isteri selama hampir setahun ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam pemeriksaan di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Uda.

Menurut JAINJ, pemeriksaan kira-kira jam 1.50 pagi itu dilakukan susulan aduan awam sebelum mendapati lelaki dan wanita terbabit bukan pasangan suami isteri.

Iklan
Iklan

“Pasangan itu mengaku bayi berkenaan adalah anak hasil hubungan mereka yang dilahirkan di sebuah hospital kerajaan,” menurut kenyataan JAINJ.

Lelaki berusia 21 tahun itu berstatus bujang, berasal dan bekerja di Johor Bahru, manakala wanita berusia 20 tahun berasal dari Muar.

Iklan

Menurut JAINJ, hasil pemeriksaan mendapati pasangan terbabit menyewa kediaman itu dengan kadar RM800 sebulan dan tinggal bersama seperti suami isteri sejak kira-kira setahun lalu.

Kediaman berkenaan mempunyai tiga bilik, namun dua daripadanya tidak digunakan.

Iklan

“Apabila ditanya mengenai hasrat untuk bernikah, kedua-duanya mengakui mempunyai perancangan itu, namun belum menetapkan tarikh atau membuat sebarang persediaan.

“Mereka memilih untuk tinggal serumah terlebih dahulu tanpa ikatan perkahwinan dan menyangka keadaan itu selamat daripada dikesan penguat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 berkaitan persetubuhan luar nikah.