KUALA LUMPUR - Tiada pihak boleh dibiarkan merompak atau"menyakau” harta rakyat dan negara sekalipun mempunyai jasa selama ratusan tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, sikap berkompromi terhadap amalan rasuah semata-mata bersandarkan kepada jasa adalah bercanggah sama sekali dengan ajaran Islam.