Tiga beradik maut: Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Iklan
Ibu mangsa tidak dapat menahan kesedihan apabila diberitahu tiga anaknya maut dalam kemalangan dalam perjalanan dari sekolah.

PONTIAN - Mangsa kemalangan maut, Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong di sini, pagi Khamis.

Sementara dua lagi adiknya yang merupakan pembonceng, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufal Raisya Norlizan, 8, dilaporkan maut di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, motosikal berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari arah Jalan Parit Haji Omar menghala ke Kayu Ara Pasong.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal itu dipercayai bertembung dengan sebuah lori jenis Daihatsu yang datang dari arah bertentangan.

Iklan

Tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori. Foto kecil: Nor Daniel Aiman, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufal Raisya

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian.

Iklan

"Dua adiknya yang juga pembonceng masing-masing berusia 11 dan lapan tahun turut mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah

Tiga beradik maut: 'Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tetapi mereka beria-ia mahu ke sekolah' - Ibu

Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik

Beliau berkata, pemandu lori berusia 69 tahun mengalami kecederaan pada tangan dan kedua-dua lutut sebelum menerima rawatan.

Tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah dalam tragedi di Jalan Parit Haji Sirat, di sini. Dari kiri, Nor Daniel Aiman, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufal Raisya

Menurutnya, siasatan awal di lokasi mendapati motosikal berkenaan dipercayai melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori terbabit.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar serta keadaan yang membawa kepada pelanggaran itu.

"Kedua-dua kenderaan terbabit turut ditahan bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.

Hadzrat Hussien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta saksi kejadian tampil ke Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian atau menghubungi Inspektor S Roshini di talian 016-2553983 bagi membantu siasatan.