Lori langgar lori di persimpangan lampu isyarat

Iklan
Tular video di media sosial memaparkan kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Selangor-Lebuhraya Guthrie di Sungai Buloh pada Jumaat.

SUNGAI BULOH - Sebuah lori dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lagi lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Selangor-Lebuhraya Guthrie di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika pemandu lori berkenaan dalam perjalanan pulang ke tempat penyimpanan lori di Batu Arang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemandu lori terbabit dipercayai melanggar sebuah lagi lori ketika lampu isyarat merah.

"Seorang mangsa mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu.

Iklan

"Kedua-dua pemandu lori kemudian hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Keadaan lori terbabit yang terlibat dalam kemalangan.

Iklan

Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan lori terbabit hampir melanggar beberapa kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah lagi lori.

Sementara itu, Mohd Hafiz berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.55 petang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Nizam Othman di talian 017-6254779 atau Bilik Gerakan IPD Sungai Buloh di talian 03-61561222," katanya.

Tambahnya, polis turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan lalu lintas dan mengutamakan keselamatan ketika memandu.