BATU PAHAT – Bapa kepada pelajar Tingkatan Empat yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini, berharap keadilan dapat ditegakkan buat arwah anaknya.
Mohd Khairool Faisal Khyar, 42, berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis dan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan buat arwah anaknya, Irene Sofiya, 16.
“Kami berterima kasih kepada semua yang datang dan kami harap keadilan dapat ditegakkan untuk arwah anak saya," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Arshad, Yong di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Mohd Khairool Faisal berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa Irene Sofiya atau lebih mesra dipanggil Fiya, kira-kira jam 6 petang Sabtu.
Ujar beliau, kakak sulungnya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, menghubunginya dan memaklumkan Fiya ditemukan dalam keadaan parah sebelum disahkan meninggal dunia.
“Ketika itu saya sedang bekerja di Bangi sebelum bergegas pulang ke kampung untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan Fiya ialah dua minggu lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan. Malah, Fiya kelihatan ceria dan seronok belajar,” katanya.
Mohd Khairool Faisal turut menggesa orang ramai tidak menyebarkan spekulasi tidak tepat berhubung kejadian menimpa anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh
Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah
Pelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudara
Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco
Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan
Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini
Irene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hari
Irene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek
Irene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan