Kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi di tali air

Iklan
Mangsa ditemukan lemas dalam kejadian di Kampung Tok Dor Dalam, Jerteh, di sini pada Rabu. - Foto hiasan

​BESUT - Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki mandi di tali air bertukar tragedi apabila mangsa ditemukan lemas dalam kejadian di Kampung Tok Dor Dalam, Jerteh, di sini pada Rabu.

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa, Muhammad Shahir Nazril Mohd Nuzi, 12 daripada orang awam jam 5.58 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Tok Dor berusia 12 tahun itu dibawa ke Klinik Kesihatan Jabi untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

​"Jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak keluarga bagi urusan pengebumian," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Iklan

​Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak, khususnya ketika berada di kawasan sungai, tali air, parit serta kawasan pantai bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

 

Iklan