'Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang' - Mohd Shuhaily

Iklan
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (tengah) ketika sidang media berkaitan rakaman video membabitkannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto Bernama

PUTRAJAYA - “Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang.”

Itu penegasan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang mahu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bebas daripada kegiatan ‘ulat’ warga asing.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, penubuhan AKPS bukan sekadar memenuhi syarat, sebaliknya agensi itu diberikan amanah dengan objektif yang jelas untuk menjamin keselamatan serta membanteras elemen jenayah di pintu masuk negara.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua termasuk yang meminta saya teruskan apa jua usaha untuk memperbaiki keselamatan pintu masuk negara.

Iklan

“Saya amat-amat menghargainya dan itulah semangat saya pegang untuk saya terus berusaha untuk mengubah prasarana ataupun keselamatan di pintu masuk negara.

“Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang. Jadi saya rasa cukup jelas inisiatif dan motivasi kami di AKPS ini.

Iklan

"Kerajaan menubuhkan kami ada sebab, bukan suka-suka,” katanya ketika sidang akhbar di sini pada Khamis.

Mohd Shuhaily berkata, usaha memperkukuh keselamatan di pintu masuk negara akan terus diberi perhatian selaras dengan tanggungjawab yang diberikan kepada AKPS.

"Sokongan yang diterima menjadi dorongan kepada beliau dan warga agensi berkenaan untuk meneruskan usaha memperbaiki aspek keselamatan serta prasarana di pintu masuk negara.

Beliau turut menegaskan AKPS mempunyai peranan penting dalam memastikan pintu masuk negara tidak menjadi ruang kepada kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Ketika saya mula menyertai AKPS, rakan pasukan banyak membantu dan membimbing mengenai hala tuju agensi ini.

"Saya berterima kasih kepada pasukan saya, bukan sahaja di ibu pejabat malah di semua di pintu masuk negara, semakin hari semakin menunjukkan prestasi yang baik,” katanya.