Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di tiga negeri. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang dan Sabah hingga 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terjejas di Perak ialah Hulu Perak dan Kuala Kangsar, manakala di Pahang melibatkan Pekan dan Kuantan.

Iklan
Iklan

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau, Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu), Sandakan (Telupid, Paitan, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).- Bernama