'Kelas bangun, terima kasih cikgu' - Steven kenang jasa Allahyarham Idrus

Iklan
Steven ketika hadir memberikan penghormatan terakhir di kediaman Allahyarham Idrus

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim menyifatkan Allahyarham Idrus Ibrahim sebagai insan penting dalam membentuk sahsiah dan perjalanan hidupnya sejak zaman persekolahan.

Steven berkata, berada di sisi jenazah Allahyarham mengimbau kembali kenangan lebih 35 tahun lalu ketika beliau masih bergelar murid sekolah rendah.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar iringi jenazah abang, dikebumikan di Cherok Tokun Bawah

PM hargai semua pihak bantu urus pengebumian abang

Iklan

Anwar tiba beri penghormatan terakhir kepada abang

‘Arwah insan baik budi’ - TYT Pulau Pinang kenang pertemuan dengan abang PM

Iklan

Menurut Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu, antara kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah apabila Cikgu Idrus menegurnya mengenai penampilan diri serta mengingatkan supaya sentiasa menjaga kekemasan rambut.

"Cikgu Idrus terus menarik 'sideburn' saya lalu memberi amaran agar menyimpan rambut dengan kemas. Satu pengajaran yang tidak akan saya lupakan.

"Bila dewasa nanti, Cikgu Idrus bagitau saya, kalau dalam hal kecil kita tak mula jaga dengan baik, maka bila sampai hal besar dan penting, kita akan lalai juga," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Allahyarham Idrus menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Cherok Tokun Bawah, Bukit Mertajam, kira-kira pukul 5.30 petang pada Khamis.

Allahyarham merupakan abang sulung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu Steven berkata, Allahyarham sentiasa menjadi pembimbing dalam kehidupannya, bermula ketika beliau masih di bangku sekolah sehinggalah bergelar Ahli Parlimen dan kini seorang menteri.

"Dahulu masa sekolah, kami anggap Cikgu Idrus tegas dan garang, tetapi sekarang sedar cikgu sebenarnya menaruh harapan besar untuk kemenjadian insan bagi semua anak muridnya.

"Kelas bangun. Terima kasih cikgu", ujarnya.