MILO semarak perpaduan masyarakat, sokong pembangunan sukan

Iklan
MILO dengan kerjasama KBS menampilkan kereta berhias khas yang menampilkan atlet negara serta pemenang pingat Sukan Komanwel sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026.

PUTRAJAYA - MILO terus komited menyokong pembangunan sukan negara menerusi penganjuran pelbagai aktiviti yang menjadi wadah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, semangat perpaduan itu diterjemahkan menerusi kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan penyertaan perarakan kereta berhias.

Iklan
Iklan

Ketua Bahagian Pembangunan Sukan MILO, Lim Kerwin berkata, kereta berhias itu bukan sekadar meraikan sambutan berkenaan, malah bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai Sukan SEA dan Para Sukan SEA 2027 yang bakal dianjurkan di Malaysia.

(Dari kiri) Aleena, Mohamad Aniq dan Eljoe berada di atas kenderaan berhias KBS ketika sambutan Hari Kebangsaan.

Iklan

"Inisiatif ini turut menjadi suntikan motivasi kepada atlet negara, khususnya mereka yang pernah mengharumkan nama negara di pentas Sukan Komanwel.

"Kita ingin menjemput semua lapisan masyarakat untuk datang menyokong atlet-atlet kebangsaan ketika Malaysia menganjurkan temasya sukan berkenaan selain memberi motivasi kepada mereka bahawa kita turut mengetengahkan dan menghargai mereka," katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, pada Isnin.

Iklan

Ketika perarakan Hari Kebangsaan, kereta berhias khas tersebut menampilkan wira-wira sukan Malaysia dan pemenang pingat Sukan Komanwel yang bakal mewakili Malaysia di Sukan SEA 2027.

Beberapa petugas barisan hadapan yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan tidak melepaskan peluang menikmati MILO

Kerwin memaklumkan, enam atlet pemenang pingat Sukan Komanwel dan seorang atlet para, selain lima atlet muda dalam acara terjun diberi ruang menerusi inisiatif berkenaan.

Antara enam atlet yang menyertai kereta berhias ialah atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Hafizuddin Roslin; pemain boling padang negara, Aleena Ahmad Nawawi; atlet lompat jauh para negara, Eljoe Gotuoh dan atlet bola keranjang berkerusi roda, Freday Tan.

"Penglibatan mereka diharap dapat meningkatkan semangat atlet negara untuk terus berusaha membawa kejayaan buat Malaysia, selain menjadi inspirasi kepada generasi muda.

"Pada masa sama, kita juga mahu menghargai mereka kerana mereka adalah pemenang pingat di Sukan Komanwel, supaya terus berusaha membawa kejayaan kepada Malaysia," ujarnya.

Kereta berhias berkenaan menampilkan elemen Sukan SEA, Jalur Gemilang, mercu tanda ikonik negara, motif belang yang melambangkan semangat Harimau Malaya serta replika Stadium Negara Bukit Jalil.

Lori ikonik MILO turut menyertai perbarisan Hari Kebangsaan

Van ikonik MILO turut menyusuli kereta berhias berkenaan sebagai simbol komitmen berterusan syarikat itu dalam menyokong pembangunan sukan di Malaysia.

Selain itu, MILO menyediakan lebih 100,000 cawan minuman percuma sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi membekalkan tenaga kepada rakyat Malaysia yang menyertai sambutan.

Dalam pada itu Kerwin menjelaskan, MILO sentiasa memberi komitmen berterusan dalam pembangunan atlet negara sejak di bangku sekolah, termasuk melalui program sukan sekolah, kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan kerjasama bersama persatuan sukan.

Orang ramai turut hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan, menyerlahkan semangat perpaduan yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, sokongan berterusan penting bagi memastikan atlet mendapat dorongan sejak peringkat awal sehingga mereka mampu mencapai kejayaan di pentas antarabangsa.

"Kerjasama ini juga selari dengan persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027, selain mengangkat nilai kesungguhan, daya tahan, kecemerlangan dan perpaduan menerusi sukan," katanya.