Pembayaran ihsan petrol tercemar: Jangan sekadar lepas tanggungjawab
Iklan
Pengguna tidak sepatutnya dibebankan dengan kos pembaikan kenderaan sedangkan mereka hanya membeli bahan api untuk kegunaan harian tanpa mengetahui kemungkinan berlakunya pencemaran. Gambar kecil: Mustafar
IPOH - Pemberian pembayaran secara ihsan oleh syarikat minyak kepada pemilik kenderaan yang terjejas akibat isu petrol bercampur air diharap bukan alasan untuk melepaskan tanggungjawab terhadap kerugian pengguna.
Pengerusi Persatuan Pengguna Pengangkutan Jalan Perak, Mustafar Rahadi berkata, keputusan kedua-dua syarikat itu untuk membantu pemilik kenderaan terjejas merupakan langkah positif, namun pelaksanaannya perlu mengambil kira kerosakan dan kerugian sebenar yang dialami pengguna.