Isu petrol tercemar: Pembayaran ihsan perlu ikut kerosakan sebenar
Iklan
Jumlah pembayaran yang diberikan perlu mengambil kira tahap kerosakan dan kerugian sebenar yang ditanggung pengguna akibat pencemaran petrol RON95. Gambar kecil: Dari kiri, Mohd Norfazry, Nuruddin dan Mohamad Shafiq.
SHAH ALAM - Pembayaran ganti rugi secara ihsan oleh Petron dan Chevron, pemilik jenama Caltex, kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan enjin susulan isu pencemaran petrol RON95 disifatkan sebagai langkah awal yang positif.
Bagaimanapun, jumlah pembayaran yang diberikan perlu mengambil kira tahap kerosakan dan kerugian sebenar yang ditanggung pengguna, bukan sekadar ditetapkan berdasarkan kadar tertentu oleh syarikat minyak terbabit.