Lelaki Indonesia didenda RM18,000 ceroboh hutan simpan

Iklan
Sun dikenakan denda RM18,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini kerana menceroboh Hutan Simpan Bukit Ibam, Rompin, 7 April lalu.

KUANTAN - Seorang lelaki warga Indonesia didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas dua kesalahan memasuki Hutan Simpan Bukit Ibam, Rompin dan menjalankan aktiviti perlombongan emas tanpa kebenaran yang sah, 7 April lalu.

Hakim Siti Aminah Ghazali membuat keputusan itu selepas tertuduh, Sun Bahri, 37, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintah tertuduh dipenjara selama tiga bulan bagi setiap satu kesalahan sekiranya gagal melunaskan denda dikenakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menjalankan perlombongan emas tanpa kebenaran sah dan berada di kompartmen 219 Hutan Simpan Ibam tanpa sebarang dokumen sah pada 7 April lalu.

Iklan

Sun mengaku bersalah atas dua kesalahan menjalankan perlombongan emas tanpa kebenaran yang sah dan berada di dalam Kompartmen 219 Hutan Simpan Bukit Ibam tanpa sebarang dokumen sah pada 7 April lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 81(1)(d) & Subseksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

Iklan

Tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Afidatul Kamarulanuar meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.