[VIDEO] 'Tiada halangan siasat RCI Tabung Haji di luar tempoh 2014-2020' – Anwar

Iklan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Siasatan dan tindakan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terikat bagi tahun 2014 hingga 2020 sahaja, sebaliknya melangkaui sebelum dan selepas tempoh ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada halangan untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan melangkaui garis masa dalam laporan berkenaan.

Iklan
Iklan

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika Majlis Libat Urus Belanjawan 2027"Malaysia MADANI: Mengapai Di Langit, Mengadap Di Bumi” Bersama Wakil Kerajaan dan Agensi Bukan Kerajaan di Kementerian Kewangan, pada Selasa. Foto Bernama

"RCI sebagai induk, tiada halangan untuk kaji sebelum dan selepas, ini akan dilakukan oleh badan penguatkuasaan dan penyiasatan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Libat Urus Belanjawan 2027, di sini pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini RCI TH yang laporan penuhnya didedahkan kepada umum pada Julai 2026 dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat, minggu lalu,

Ketika perbahasan, beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan RCI baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi TH.

Iklan

Antaranya Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang mencadangkan RCI baharu dibuat bagi tempoh 2021 hingga 2025 kerana siasatan sedia ada hanya meliputi 2014 hingga 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji

Keluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji – Zaliha

Ahli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan

'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - Anwar

PM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd Syahir

RCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin

'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' – Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI TH

RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-merta

Pasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli

[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri Agama

Lima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr Zulkifli

Pendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut syarak - Dr Zulkifli

Parlimen bukan tempat penerangan sehala, RCI Tabung Haji perlu dibahas - PN

'Boikot perbahasan RCI Tabung Haji bercanggah semangat titah Agong' - Sheikh Umar

Pulau sidang RCI TH penghinaan terhadap amanah rakyat, umat Islam – AMK

Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menahan tujuh individu, antaranya empat bekas pengurusan kanan TH bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan RCI TH.

Antara suspek ditahan termasuk seorang wanita terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH berusia antara 50an hingga 60an.