Sprite Chill kini eksklusif di 7-Eleven

Iklan
Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina yang menggabungkan rasa lemon-limau nipis ikonik Sprite dengan sensasi pudina yang menyegarkan.

MINUMAN berkarbonat, Sprite memperkenalkan inovasi terbaharu, Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina yang menggabungkan rasa lemon-limau nipis ikonik Sprite dengan sensasi pudina menyegarkan.

Ditawarkan secara eksklusif di semua kedai 7-Eleven Malaysia seluruh negara mulai 1 Ogos 2026, varian baharu tersebut menawarkan pengalaman rasa yang lebih dingin, segar dan penuh keterujaan dalam setiap tegukan.

Iklan
Iklan

Menurut Sprite, ketersediaan eksklusif di 7-Eleven Malaysia turut memudahkan pengguna mendapatkan inovasi terbaharu Sprite di salah satu rangkaian runcit paling mudah diakses di negara ini.

Sementara itu, bagi meraikan pelancarannya, Sprite mengubah 7-Eleven Flagship Store di Bandar Puteri Puchong menjadi ruang pengalaman Sprite Chill yang imersif, memberi peluang kepada ahli media, pencipta kandungan dan para tetamu untuk menjadi antara pertama menikmati varian baharu tersebut.

Iklan

Berinspirasikan gabungan rasa yang sudah dikenali, Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina, mengekalkan kesegaran lemon-limau nipis menjadi identiti jenama Sprite sambil memperkenalkan sensasi pudina menyejukkan untuk pengalaman lebih unik dan menyegarkan.

Sepanjang acara, para tetamu berpeluang menikmati kesegaran Sprite Chill menerusi pelbagai aktiviti interaktif termasuk sesi mencuba produk dengan padanan makanan pedas, permainan bertemakan perisa, aktiviti bergambar menarik dan pengalaman jenama yang direka khas.

Iklan

Aktiviti berkenaan menyerlahkan kesegaran pudina yang menyejukkan melengkapi rasa lemon-limau nipis Sprite, menjadikannya pilihan menyegarkan untuk dinikmati pada bila-bila masa.