SD Guthrie, PDRM dekati komuniti menerusi kayuhan santai rentas Port Dickson

Iklan
Antara warga kerja, pihak berkuasa dan penduduk setempat menyertai program Kayuhan Santai Bersama Komuniti.

RANTAU - Kerjasama antara sektor korporat, pihak berkuasa dan masyarakat setempat terus diperkukuh menerusi penganjuran program kayuhan santai yang memberi ruang kepada penduduk meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif Upstream Malaysia, Guthrie, Jeffry Faizal berkata, program Kayuhan Santai Bersama Komuniti anjuran Guthrie itu menghimpunkan 86 peserta terdiri daripada warga kerja, komuniti setempat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

Menurutnya, acara julung kali tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara Guthrie dengan pihak berkepentingan utama dalam komuniti di samping menggalakkan gaya hidup sihat.

"Estet Sua Betong, Sengkang dan Tampin Linggi milik Guthrie menjadi lokasi persinggahan, selain mengadakan sesi kepolisan komuniti berkaitan kesedaran keselamatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

SD Guthrie eratkan hubungan dengan komuniti di Rantau menerusi program Kayuhan Santai Bersama Komuniti pada Khamis.

Jelasnya lagi, sesi berkenaan turut memberi ruang kepada anggota PDRM, warga kerja dan penduduk setempat untuk berinteraksi serta bertukar pandangan dalam suasana santai.

Iklan

Mengulas lanjut, Jeffry berkata, sebagai inisiatif pertama di daerah berkenaan, program tersebut mencerminkan kepercayaan Guthrie bahawa komuniti yang selamat dan sihat dibina melalui kerjasama antara penduduk setempat, pihak berkuasa serta warga kerja.

"Komuniti yang kukuh dibina melalui kerjasama yang bermakna dan hubungan tulus.

“Program ini melibatkan warga kerja kami, komuniti setempat dan rakan strategik dengan usaha untuk menggalakkan kesejahteraan serta kerjasama.

"Kami berharap dapat memperluaskan inisiatif seumpama ini bagi mewujudkan impak positif yang berkekalan di mana sahaja kami beroperasi," katanya.