OSK Sora utamakan keselesaan keluarga berbilang generasi

Iklan
OSK Property melancarkan pembukaan rasmi Galeri Jualan OSK Rawang.

DIINSPIRASIKAN daripada prinsip reka bentuk Wabi-Sabi Jepun, OSK Property, menawarkan OSK Sora iaitu projek kediaman bertingkat yang mengetengahkan elemen semula jadi bagi mewujudkan persekitaran tenang berkonsepkan resort, sekali gus membolehkan penduduk menikmati kehidupan moden dalam suasana yang segar dan selasa.

Menurut OSK Property, OSK Sora direka bagi menawarkan pengalaman kehidupan moden yang menggabungkan keselesaan kediaman bertingkat tinggi dengan suasana privasi dan gaya hidup berorientasikan keluarga yang lazimnya dikaitkan dengan rumah bertanah.

Iklan
Iklan

Menariknya, pembangunan tersebut turut menawarkan unit terpilih dengan konsep dwi-kunci serta dinding dalaman boleh tanggal bagi membolehkan pemilik menyesuaikan ruang kediaman mengikut keperluan keluarga atau menjadikannya sebagai ruang kerja dan sumber pendapatan sewaan.

"Mengambil kira keperluan keluarga moden yang semakin berkembang, OSK Sora turut dilengkapi ciri mesra warga emas bagi menyokong kehidupan selesa merentas generasi.

Iklan

"Bilik air direka dengan teliti dan dilengkapi palang pemegang serta butang kecemasan bagi memberikan kemudahan dan ketenangan tambahan kepada penghuni warga emas serta mereka yang mempunyai masalah pergerakan.

"Kemudahan praktikal itu mencerminkan komitmen OSK Property dalam menyediakan kediaman yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup dan keperluan penduduk pada setiap peringkat kehidupan," katanya dalam kenyataan.

Iklan

OSK Sora merupakan pembangunan pangsapuri perkhidmatan premium berstatus pegangan bebas setinggi 28 tingkat yang merangkumi 433 unit kediaman di Bandar Country Homes, Rawang.

Terdahulu, OSK Property melancarkan pembukaan rasmi Galeri Jualan OSK Rawang, sekali gus menandakan kemasukan rasminya ke pasaran hartanah Rawang menerusi projek pembangunan sulungnya di kawasan berkenaan, OSK Sora.

Galeri jualan berkenaan mempamerkan OSK Sora yang berstatus pegangan bebas bertaraf premium, terletak di Bandar Country Homes, Rawang.

Dengan ketinggian 28 tingkat, pembangunan OSK Sora merangkumi 433 unit kediaman dengan susun atur yang dirancang secara teliti, berkeluasan antara 850 kaki persegi hingga 1,184 kaki persegi.

Sementara itu, dari segi perhubungan, kawasan berkenaan dihubungkan menerusi laluan utama termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya LATAR dan Jalan Pintas Rawang, selain akses mudah ke Stesen KTM Rawang.

Dari segi kemudahan pula, pembangunan tersebut menawarkan pelbagai fasiliti rekreasi termasuk kolam renang sepanjang 30 meter, spa hidro, gelongsor air kanak-kanak, taman permainan pengembaraan, laman mencerap bintang serta taman berkebun dan barbeku.

Kemudahan lain merangkumi gimnasium, ruang kerja bersama, bilik bacaan, bilik hiburan, bilik permainan kanak-kanak dan dewan serbaguna untuk aktiviti badminton, pickleball serta bola keranjang separuh gelanggang.

Dengan pembukaan Galeri Jualan OSK Rawang, bakal pembeli kini berpeluang merasai sendiri konsep gaya hidup yang ditawarkan OSK Sora.