[VIDEO] Lima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr Zulkifli

Iklan

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan lima amaran sejak tahun 2014 kepada Pengerusi Tabung Haji (TH) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung masalah jurang antara aset dan tanggungan TH.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli berkata, amaran tersebut diberikan ekoran kebimbangan terhadap kesan amalan membayar agihan keuntungan tinggi yang menyebabkan rizab sedia rendah menjadi negatif.

Iklan
Iklan

"Ibarat seperti wang simpanan kecemasan semakin susut tetapi perbelanjaan masih diteruskan pada kadar yang tinggi.

"Akhirnya simpanan menjadi negatif dan TH akan berdepan dengan masalah yang tidak kecil sekiranya berlaku pengeluaran wang oleh para pendeposit secara besar-besaran.

Iklan

"BNM telah diberi amaran bukan satu kali, bukan dua kali, tetapi lima kali bahawa keadaan itu perlu diperbetulkan segera bagi memastikan TH tidak terus melanggar undang-undang," katanya ketika menyampaikan penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH, pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji

Iklan

Keluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji – Zaliha

Ahli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan

'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - Anwar

PM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd Syahir

RCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin

'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' – Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI TH

RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-merta

Zulkifli menjelaskan, kedudukan TH ketika itu berpotensi menimbulkan risiko sistemik kepada kestabilan kewangan negara, namun amaran tersebut tidak diendahkan oleh kepimpinan TH pada ketika itu.

Malah menurutnya, peringatan BNM disusuli dengan teguran Ketua Audit Negara dalam Laporan Penyata Kewangan tahun 2017 menerusi penegasan perkara tentang perubahan polisi rosot nilai yang dilakukan sebanyak dua kali dalam tahun sama, iaitu keuntungan lebih tinggi untuk 2017.

Lanjutan teguran pihak berautoriti, beliau berkata, lembaga baharu TH tahun 2018 setelah Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, telah melantik firma audit di kalangan 'Big 4' iaitu PwC untuk menilai semula kedudukan dan prestasi kewangan mengikut piawaian perakaunan sah serta benar.

"Sekiranya aset tidak melebihi liabiliti pada akhir tahun, TH tidak boleh mengisytiharkan agihan keuntungan bagi tahun 2018 dan berisiko menghadapi pengeluaran wang panik secara besar-besaran.

"Pada ketika itu, usaha mendapatkan pembiayaan siap sedia sebagai persediaan jika berlaku pengeluaran panik besar-besaran telah gagal dan sekiranya TH runtuh, kerajaan berisiko menanggung liabiliti sekitar RM74.5 bilion kerana keseluruhan simpanan di TH dijamin sepenuhnya oleh kerajaan," jelasnya.