RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-merta

Iklan
Zulkifli ketika sidang khas pembentangan dapatan RCI TH di Dewan Rakyat pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Kabinet pada akhir Julai lalu bersetuju supaya agensi penguatkuasaan melaksanakan siasatan penuh serta-merta berdasarkan dapatan dalam laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan susulan dengan menahan beberapa individu penting yang dikaitkan isu penyelewengan sepertimana tertera di dalam laporan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, tindakan tegas itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dan badan penguat kuasa bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat salah guna kuasa mahupun pecah amanah harta serta dana suci milik jemaah haji di negara ini.

"Dalam hal ini, saya mengambil kesempatan menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan agar siasatan mengenai dapatan RCI TH dijalankan secara menyeluruh dan telus tanpa sebarang kompromi sehingga ke lubang cacing.

Iklan

"Keprihatinan baginda menggariskan kepentingan utama dalam memelihara amanah dan keyakinan umat Islam terhadap institusi pengurusan haji serta kewangan Islam negara ini adalah selari iltizam Kerajaan Madani," katanya ketika sidang khas Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.

Beliau dalam masa sama memberitahu, TH berjaya melaksanakan lebih 75 peratus daripada syor RCI bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi tersebut.

Iklan

Tambah beliau, TH juga menyatakan kesediaan dan komitmen untuk menyelesaikan baki syor relevan yang kini dalam pelaksanaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji

Keluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji – Zaliha

Ahli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan

'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - Anwar

PM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd Syahir

RCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin

Sementara itu, beliau berpendapat bahawa cukup sukar untuk mengatakan golongan yang bertanggungjawab pada ketika itu tidak mengetahui masalah sedang membarah dalam TH.

Jelasnya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan beberapa surat peringatan sebanyak lima siri kepada Pengerusi TH dan Menteri Hal Ehwal Agama (ketika itu) mengenai masalah jurang antara aset serta tanggungan TH.

"Mereka diberi amaran bukan satu, bukan dua, tetapi lima kali bahawa keadaan itu perlu diperbetulkan segera bagi memastikan TH tidak terus melanggar undang-undang.

"Semua mesti tahu amaran-amaran BNM itu bukannya tiada asas. Asasnya jika tidak ditangani, ia berisiko menimbulkan kesan yang parah kepada kedudukan dan kestabilan kewangan negara.

"Jadi apa yang berlaku adalah surat-surat amaran diutuskan BNM itu tidak pernah diendahkan, apatah lagi diberi perhatian dan diambil tindakan oleh pengurusan TH pada ketika itu," ujar Zulkifli.

Beliau berpandangan, kedudukan TH ketika itu berpotensi menimbulkan risiko sistemik kepada kestabilan kewangan negara tetapi malangnya surat-surat berkenaan tidak diambil perhatian.