PKNS nafi dakwaan rugi RM103.69 juta, tanggung hutang RM6.1 bilion

Iklan
PKNS dalam kenyataan memaklumkan dakwaan yang cuba menggambarkan perbadanan itu, seolah-olah berdepan masalah kewangan serius adalah tidak tepat dan mengelirukan. Foto hiasan

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Isnin menafikan dakwaan mengenai kerugian berjumlah RM103.69 juta dan menanggung hutang sehingga RM6.1 bilion.

PKNS dalam kenyataan memaklumkan dakwaan yang cuba menggambarkan perbadanan itu, seolah-olah berdepan masalah kewangan serius adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Iklan
Iklan

"Penilaian bebas RAM Ratings mengesahkan kedudukan kewangan PKNS kekal kukuh dan terkawal. Malah, RAM Ratings masih mengekalkan penarafan AA1/Stable/P1 kepada PKNS,” menurut perbadanan itu menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Menurut kenyataan PKNS itu, tindakan memetik angka kerugian dan jumlah hutang secara terasing, tanpa menjelaskan struktur pembiayaan serta kedudukan kewangan secara keseluruhan, hanya mencetuskan persepsi yang tidak mencerminkan fakta dan keadaan sebenar perbadanan itu. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan