Suasana pilu iringi kepulangan Konstabel Muhammad Raimi

Iklan
Bapa Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, Ismarubee Ismail, 51 (dua, kanan) bersama isterinya Nor Azila Zakaria, 46 (kiri) menyiram air di pusara anak mereka yang maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik, di Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh 2, malam tadi. Foto Bernama.

DUNGUN - Suasana pilu menyelubungi kediaman keluarga Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, 24, apabila jenazah anggota polis yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort, Sabah semalam, tiba di Felda Kerteh 2 di sini malam tadi.

Keluarga Allahyarham tidak dapat menahan kesedihan sebaik jenazah tiba di kediaman berkenaan pada 11.40 malam untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Iklan
Iklan

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh 2 dan selamat dikebumikan pada 1.15 pagi ini.

Sebelum itu, jenazah diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum mendarat di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang dan dibawa menggunakan van jenazah ke Felda Kerteh 2.

Iklan

Ahli keluarga serta kenalan menunaikan solat jenazah Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, 26, yang maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Felda Kerteh 2, malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

Iklan

Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik

Sabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

Anwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di Beaufort

DUNGUN, 8 Ogos -- Bapa, Ismarubee Ismail, 51 (kanan) bersama isteri, Nor Azila Zakaria 46 (tengah) tidak dapat menahan kesedihan semasa jenazah anaknya Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, 24, yang maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik tiba di kediamannya di Felda Kerteh 2, malam ini.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Solat jenazah diimamkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Terengganu, Datuk Satiful Bahari Mamat.

Jenazah Allahyarham tiba di Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh 2 pada 12.15 tengah malam dan proses pengebumian selesai kira-kira sejam kemudian.

Hadir memberi penghormatan terakhir termasuk Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Nik Ab Halim Nik Mat, kira-kira 200 pegawai dan anggota polis, selain ahli keluarga serta rakan Allahyarham.

Bapa Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, Ismarubee Ismail, 51 (tengah) mengaminkan doa selepas pengebumian jenazah anaknya yang maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh 2, malam tadi.

Allahyarham Muhammad Raimi yang masih bujang dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik mula bertugas di Balai Polis Weston pada September 2024.

Semalam, Bernama melaporkan tiga anggota polis lelaki maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort pada 5.50 petang.

Dua lagi mangsa yang turut terkorban ialah Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, dan Koperal Chiu Teck Siong, 40.