'Tidak mustahil BN-PN boleh pergi jauh' - Razlan

Iklan
Razlan ketika program Berani Semuka Sinar Harian yang membincangkan tajuk 'Seteru Jadi Kawan, Kawan Jadi Seteru: Politik Matang atau Huru-hara'.

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mampu menjalin kerjasama lebih erat pada masa depan sekiranya ia selari dengan kehendak rakyat.

Beliau berkata, selepas lebih tiga tahun bersama Kerajaan Perpaduan, UMNO sentiasa mendapatkan maklum balas daripada akar umbi menerusi pertemuan di peringkat cawangan dan bahagian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelbagai isu dibangkitkan ahli serta penyokong parti menunjukkan masih terdapat perkara yang belum diselesaikan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu.

"Kita kena pastikan denyut nadi rakyat. Bila turun ke bawah, kita bertanya hati ke hati mengenai perkara yang masih tidak selesai.

Iklan

"Setiap tahun kita ada Perhimpunan Agung UMNO di cawangan dan bahagian. Daripada situ kita dapat lihat ada perkara yang masih menjadi kebimbangan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Berani Semuka Sinar Harian yang membincangkan tajuk 'Seteru Jadi Kawan, Kawan Jadi Seteru: Politik Matang atau Huru-hara', yang turut menampilkan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Hasbie Muda dan Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Iklan

AKAN MENYUSUL