Tabung Solidariti Najib kutip lebih RM634,000 dalam tiga jam - Asyraf Wajdi

Iklan
Tangkap layar hantaran Facebook Asyraf Wajdi pada Jumaat.

SHAH ALAM - Tabung Solidariti Najib Razak mencatat kutipan lebih RM634,000 dalam tempoh tiga jam pertama selepas dilancarkan pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah kutipan setakat tempoh berkenaan mencecah RM634,562.02 dengan orang ramai menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tabung RM50 juta bukan permintaan Najib, sebaliknya hasrat ahli UMNO’ – Ahmad Maslan

Iklan

'RM50 seorang, cukup RM50 juta untuk Najib' - Puad Zarkashi

Sumbang secara sukarela, jaga adab dan hormati syarat ditetapkan - Wanita UMNO

Iklan

"Ramai yang menyumbang serendah RM10 dan RM50,” katanya.

Tabung berkenaan dilancarkan susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat yang ditetapkan.

Sebelum ini, UMNO mengambil inisiatif melancarkan kutipan tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban bekas Perdana Menteri itu dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, oleh itu parti berharap seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarela

Justeru, Asyraf Wajdi turut berkongsi maklumat akaun rasmi UMNO bagi orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kepada tabung berkenaan.