Mesyuarat Majlis Presiden PH selesai

Iklan
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.

PUTRAJAYA – Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berakhir selepas lebih sejam berlangsung di Bangunan Perdana Putra, di sini petang tadi.

Mesyuarat berkenaan bermula kira-kira jam 5.30 petang sebelum beberapa kenderaan yang membawa pimpinan PH dilihat meninggalkan lokasi seawal jam 7 malam.

Iklan
Iklan

Anwar yang juga Pengerusi PH pula dilihat meninggalkan Bangunan Perdana Putra jam 7.30 malam.

Difahamkan mesyuarat berkenaan dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Iklan

Bagaimanapun usaha pemberita untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berhasil apabila kenderaan yang membawa kesemua menteri berkenaan tidak memberhentikan kenderaan.

Mesyuarat dipercayai menyentuh mengenai hala tuju hubungan PH dengan BN selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencetuskan persoalan mengenai masa depan kerjasama itu ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, baru-baru ini.

Iklan

Sebelum ini, Anthony mencadangkan Anwar supaya satu mesyuarat Presiden PH dibuat susulan kenyataan Ahmad Zahid di PAU.

Selain itu, pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diputuskan Lembaga Pengampunan dipercayai turut menjadi inti pati mesyuarat.