PH jadikan kerjasama BN-PN alat propaganda- Ahmad Samsuri

Iklan
Ahmad Samsuri (tengah) ketika hadir program 'Nogori Beradat, Kito Muafakat' yang dianjurkan Muafakat Nasional

SEREMBAN – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa Pakatan Harapan (PH) menjadikan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai alat propaganda bagi mempengaruhi pengundi supaya menolak gabungan terbabit.

Menurut beliau, meskipun pemimpin gabungan itu telah pun memberi penjelasan beberapa kali tentang kerjasama terbabit yang tidak membawa kepada isu perkauman, namun PH masih berterusan bercakap mengenainya.

Iklan
Iklan

“Kalau kita tengok propaganda ini, mereka fikirkan bila diulang-ulang, lama-lama orang percaya.

“Tetapi saya rasa rakyat sudah celik pada waktu ini, dengan maklumat di hujung jari setiap orang, masing-masing boleh tengok apa yang diucapkan lima atau 10 tahun dahulu yang ada dirakamkan.

Iklan

“Jadi tak timbul pun isu itu, mereka sebenarnya yang menimbulkan masalah sedemikian, ini boleh dilihat pada rekod yang lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program 'Nogori Beradat, Kito Muafakat' yang dianjurkan Muafakat Nasional di sini pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ

Iklan

'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar

'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis

'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMK

PH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - Aminuddin

SPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri Sembilan

Tiada arahan letak jawatan, hanya kekalkan disiplin dan profesionalisme - Fahmi Fadzil

25+11 belum tentu 36

'Jurang melebar tapi belum retak'

PRN Negeri Sembilan: Gandingan Anwar, Aminuddin serlah kekuatan sebenar PH - Penganalisis

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan Pas sering menjadikan DAP sebagai modal kempen bagi meraih sokongan, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu.

Menteri Besar Terengganu itu mendakwa, masalah yang membelenggu PH ketika ini sebenarnya berpunca daripada kelemahan dalaman gabungan itu sendiri.

"Apa yang berlaku ialah ‘self-destruction’. Mereka yang beri masalah kepada diri mereka sendiri. Jadi, kenapa dilabelkan kita 'meratib' pula? Masalah ditimbulkan oleh mereka sendiri. Kena buat cerminan sendiri,” katanya

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berkenaan dakwaan sesetengah pihak yang parti itu kerap menggunakan DAP sebagai modal kempen sepanjang Pilihan Raya Negeri(PRN) Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias pula berkata, PH menjadikan kerjasama BN-PN sebagai modal kempen mereka bagi menanamkan rasa benci antara kaum.

Pada masa sama jelasnya, ia bagi mengalihkan perhatian terhadap kelemahan mereka sendiri.

“Mencetuskan isu perkauman telah menjadi budaya mereka sejak sekian lama, ini sebagai modal politik ketika musim pilihan raya untuk mengalahkan parti-parti tertentu, khususnya UMNO dan Barisan Nasional.

“Ini kerana kita telah pun membuktikan di beberapa negeri yang dipimpin oleh PN dan Pas bahawa semua kaum dapat dijaga serta diurus dengan baik.

“Sama ada aspek pembangunan, kesejahteraan rakyat, pendidikan mahupun pemeliharaan warisan, adat dan agama, semuanya diurus secara baik,” katanya.