KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memeluk erat Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay adalah antara detik penuh emosi ketika majlis persaraan tokoh kepolisan itu pada Ahad.
Mohd Shuhaily sebelum itu dilihat menanti sehingga habis perbarisan paluan berundur Ayob Khan di pintu masuk utama Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.
Selesai Ayob Khan bergambar bersama pasukan Unit Tindak Khas (UTK), Mohd Shuhaily kemudian menghampirinya.
ARTIKREL BERKAITAN: Ayob Khan bersara wajib, Pengarah Cawangan Khas pangku jawatan Timbalan KPN
Keberanian sebenar adalah mempertahankan kebenaran - Ayob Khan
'Jangan khianati amanah' - Ayob Khan
'Ayob Khan buktikan kewibawaannya' - KPN
Ayob-khan-pilih-jadi-negarawan-tak-minat-sertai-politik
Kelihatan sebak seketika riak wajak kedua-dua pegawai kanan terbabit.
Mohd Shuhaily kemudian turut memeluk Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dan bersalaman bersama pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Setelah selesai, Mohd Shuhaily yang menaiki motosikal berkuasa tinggi kemudian mengiringi konvoi Ayob Khan keluar dari Pulapol Kuala Lumpur.
Terdahulu, majlis yang bermula jam 2 petang itu menyaksikan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Ibrahim Darus dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.
Ayob Khan yang akan memulakan persaraan pada Isnin telah berkhidmat dalam pasukan keramat PDRM hampir 35 tahun.
Anak jati Kota Setar, Kedah itu menjawat beberapa jawatan penting dalam pasukan antaranya Penolong Pengarah Anti Pengganas, Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pengarah JSJ Bukit Aman.