SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook secara sindiran berterima kasih kepada MCA kerana tidak meletakkan calon di tiga kerusi tradisi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Menurutnya, beliau sedia maklum langkah itu sebenarnya adalah sebahagian daripada strategi politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Ujar beliau, ia bertujuan memastikan PN tidak meletakkan calon di beberapa kerusi yang ditandingi MCA, sekali gus membolehkan sokongan pengundi PN beralih kepada calon mereka.
"Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong bercakap kepada media berbahasa Cina bahawa mereka tidak bertanding di tiga kerusi tradisi kerana nak 'membantu DAP'.
Menurutnya, percaturan itu hampir menjadi, namun di kebanyakan kerusi yang BN berdepan percaturan dengan PN, masih berlaku pertandingan tiga penjuru melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Tambahnya, hanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah strategi berkenaan berjaya kerana tiada pertandingan tiga penjuru, sekali gus menjadi cabaran kepada beliau selaku penyandang.
ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16
PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakan
PRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calon
PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokong
Beliau mengakui ia menjadi cabaran kepada parti itu, namun percaya PH masih mempunyai peluang untuk memenangi di NS.
"DUN Lobak merupakan pengundi Cina paling ramai di seluruh Negeri Sembilan. Parti yang dikatakan mahu mewakili kaum Cina tak letak calon kerana kononnya nak membantu DAP menang.
"DUN Lukut pula pernah diwakili bekas pemimpin MCA Negeri Sembilan, mendiang Dr Yao Chai Thiam yang juga pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, manakala Mambau pula pernah disandang bekas Exco MCA, Hew Chok Tau sebelum 2008.
"Jadi, apabila MCA sanggup tidak bertanding di kerusi-kerusi yang signifikan ini, saya sebagai Setiausaha Agung DAP ingin mengucapkan terima kasih kepada Wee Ka Siong kerana begitu 'murah hati'," katanya.
Bagaimanapun, Anthony Loke berkata, DAP tidak akan terpengaruh dengan percaturan politik lawan dan akan terus menjalankan kempen secara positif.
ARTIKEL BERKAITAN: p>Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan
PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok Mat
PRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah
Dalam pada itu, beliau menggesa rakyat Negeri Sembilan memberikan mandat kepada kesemua 36 calon PH bagi memastikan gabungan itu terus mentadbir negeri berkenaan.
"Kami percaya PH adalah pilihan terbaik untuk rakyat Negeri Sembilan berbanding gabungan BN-PN.
"Hari ini saya turun memberikan sokongan kepada calon-calon PH di Parlimen Seremban dan Parlimen Rasah yang melibatkan 11 kerusi DUN, termasuk tujuh kerusi yang ditandingi DAP, selain bertemu orang ramai di Pasar Besar Seremban," katanya.
Pada PRN Negeri Sembilan, DAP bertanding di 11 kerusi tradisi mereka, manakala MCA berbanding lima kerusi iaitu di Chennah, Bahau, Nilai, Temiang, Rahang, Chuah dan Repah.