SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan segala rundingan dan libat urus berkaitan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dijalankan dengan pengetahuan dan kebenaran beliau selaku Pengerusi PN.
Beliau berkata, segala proses tersebut telah dimuktamadkan selepas mendapat kelulusan Majlis Tertinggi PN dalam mesyuarat khas yang diadakan pada Khamis.
"Merujuk kepada kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bertarikh 15 Julai 2026, adalah dimaklumkan bahawa segala proses perbincangan dan libat urus dengan mana-mana pihak di peringkat awal sudah dijalankan di dalam pengetahuan dan kebenaran daripada saya selaku Pengerusi PN.
Kenyataan itu dipercayai sebagai respons terhadap dakwaan Muhyiddin bahawa Bersatu kesal terhadap tindakan Pas mengadakan rundingan dengan BN tanpa melibatkan semua parti anggota PN dan tanpa persetujuan Majlis Tertinggi PN.
ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada Melaka
Sokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin
'Formula Johor' boleh jadi resipi BN
Susulan itu, Muhyiddin dalam sidang media khas pada Rabu memaklumkan Bersatu akan meletakkan calon menggunakan lambang parti selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN bagi PRN Negeri Sembilan ditangguhkan tanpa tarikh baharu, selain mendakwa Bersatu tidak terlibat dalam sebarang rundingan agihan kerusi.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN memutuskan hanya empat parti komponen akan bertanding pada PRN Negeri Sembilan, iaitu Pas, Parti Wawasan Negara (Wawasan), Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).
ARTIKEL BERKAITAN: 'Linggi bukan kerusi selamat, itu kubu kuat BN' - Aminuddin
DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH
Jangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen - PM
PRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di Linggi
Menurut beliau, mesyuarat itu turut meluluskan rundingan pembahagian kerusi DUN antara keempat-empat parti berkenaan.
"Mesyuarat turut bersetuju membenarkan penggunaan lambang Perikatan Nasional oleh calon-calon PN dalam PRN Negeri Sembilan seperti mana yang telah dipersetujui," ujarnya.
Ahmad Samsuri berkata, calon-calon PN yang akan diumumkan bagi PRN Negeri Sembilan membawa aspirasi untuk membela kebajikan rakyat, mengangkat agenda pembangunan negeri dan mempertahankan keharmonian masyarakat majmuk di Negeri Sembilan dan Malaysia secara keseluruhannya.