Pengeluaran dana Armada tidak langgar perlembagaan parti - Hakim Collin Lawrence Sequerah

Iklan
Hakim Collin berkata, beliau mendapati tiada unsur ketidakjujuran dalam tindakan Syed Saddiq kerana keterangan menunjukkan wang berkenaan digunakan bagi tujuan sah.

PUTRAJAYA – Seorang daripada panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin berpandangan bahawa, pengeluaran RM1 juta daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bukan satu kesalahan jenayah kerana ia tidak disifatkan sebagai 'perbelanjaan' yang memerlukan kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, berdasarkan tafsiran Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), istilah 'perbelanjaan' membawa maksud 'belanja' dan tidak boleh disamakan dengan 'pengeluaran' wang.

Iklan
Iklan

Semasa membaca penghakiman yang membawa keputusan majoriti 2-1, Collin berkata, tindakan itu juga tidak memenuhi unsur kesalahan bersubahat pecah amanah jenayah sebagaimana didakwa terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Justeru, pengeluaran RM1 juta daripada akaun Armada tanpa kelulusan MPT tidak melanggar perlembagaan parti kerana ia bukan merupakan satu perbelanjaan sekali gus yang melebihi had RM500,000.

Iklan

Selain itu, beliau berkata, mahkamah turut mengambil kira percanggahan keterangan saksi pendakwaan, bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, 36.

Katanya, ada kemungkinan wujud tekanan yang tidak wajar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang saksi bagi menyesuaikan keterangannya supaya menyokong kes pendakwaan.

Iklan

Beliau berkata, mahkamah tidak menemukan sebarang kesilapan yang membolehkan keputusan Mahkamah Rayuan dicampuri, sekali gus mengekalkan pembebasan Syed Saddiq bagi semua pertuduhan.

Pada Isnin, Syed Saddiq kekal dibebaskan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan AMLA dana Armada.

Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Collin berpendapat ahli politik berusia 34 tahun itu, wajar dilepas dan dibebaskan.

Sementara Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim, menjadi satu-satunya hakim yang menentang keputusan pembebasan tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 Kuala Lumpur, pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik ABBE dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya Kuala Lumpur, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam AMLA iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau atas semua pertuduhan sebelum menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

Menerusi penghakiman setebal 22 muka surat, mahkamah menolak pembelaan Syed Saddiq sambil menyifatkan keterangannya `tidak masuk akal’.

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, pada 25 Jun 2025, anak jati Johor Bahru itu bernasib baik apabila Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskannya daripada sabitan serta hukuman itu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara menyatakan tindakan mengarahkan seseorang untuk mengeluarkan wang, tidak boleh dikatakan melupuskan dana.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan majoriti 2-1, Syed Saddiq kekal bebas

 'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh

'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas

 Bella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq

'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah

Keluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah

'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq