Debaran selubungi mahkamah, 1-1 sebelum hakim ketiga tentukan nasib Syed Saddiq

Iklan
Syed Saddiq

PUTRAJAYA - Debaran menyelubungi kamar Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, apabila seorang daripada tiga panel hakim memutuskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah, sementara seorang lagi berpendapat Ahli Parlimen Muar itu wajar dibebaskan.

Syed Saddiq yang duduk bersendirian di luar kandang tertuduh, dilihat menundukkan kepalanya semasa mendengar penghakiman dalam keadaan tenang.

Iklan
Iklan

Situasi itu menyebabkan keputusan rayuan pendakwaan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun itu tergantung dengan kedudukan satu sama (1-1), sebelum penghakiman hakim ketiga menentukan nasibnya.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais menjadi hakim pertama membacakan penghakiman dengan mendapati, Syed Saddiq selaku responden tidak bersalah atas pertuduhan pertama, bersubahat pecah amanah RM1 juta.

Iklan

Bagaimanapun, beliau mendapati responden bersalah atas pertuduhan kedua iaitu salah guna harta RM120,000 serta dua pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing RM50,000 milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Beliau berkata, Syed Saddiq perlu dikenakan hukuman penjara enam bulan dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta.

Iklan

“Bagi setiap pertuduhan AMLA, responden dikenakan hukuman penjara enam bulan serta denda RM5 juta.

“Gagal bayar denda tersebut, responden boleh dipenjara selama dua tahun bagi setiap kes AMLA itu,” katanya.

Perhatian kemudian teralih kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali yang menentang keputusan Abu Bakar.

Beliau bersetuju dengan dapatan Mahkamah Rayuan bahawa sabitan itu tidak selamat dan pembebasannya tidak sepatutnya diganggu.

“Pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting kesalahan tersebut, termasuk dakwaan bahawa Syed Saddiq telah menyalahgunakan RM120,000 milik Armada secara tidak jujur.

“Selain tiada bukti wang yang dikumpulkan ketika itu, merupakan milik Armada Bumi Bersatu Enterprise,” katanya.

Keputusan terbabit sekali gus meletakkan nasib bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berada di hujung tanduk.

Ketika itu, keputusan muktamad masih belum dimeterai apabila seorang lagi panel hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah belum menyampaikan penghakiman.

Situasi itu mencetuskan suasana penuh debar di kamar mahkamah apabila panel tiga hakim memilih untuk membacakan penghakiman secara bergilir-gilir.

Menyedari perkara itu, Abu Bakar kemudiannya memberitahu, keputusan akhir bergantung pada penghakiman Collin.

Beliau kemudiannya bertanya sama ada pihak pendakwaan dan pembelaan mahu masa untuk bertenang atau meneruskan keputusan dengan segera.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menjawab,"Saya mahu ke tandas," sebelum Abu Bakar menangguhkan prosiding selama 10 minit.

Sejurus prosiding bermula, ahli keluarga dan penyokong yang berada di galeri awam kelihatan tekun dan resah ketika mendengar penghakiman berkenaan.

Suasana berubah apabila Collin membacakan keputusan sama seperti Che Mohd Ruzima sehingga membawa kepada keputusan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan.

Beliau berkata, Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat dengan memberitahu, pihak pendakwaan gagal membuktikan kesalahan tersebut.

“Responden berhak secara sah ke atas wang tersebut jadi saya bersetuju dengan dapatan panel hakim Mahkamah Rayuan.

“Saya tidak menemui sebarang kesilapan yang boleh dirayu,” kata Collin.

Keputusan itu kemudiannnya disusuli dengan tepukan dan sorakan daripada ahli keluarga serta penyokong Syed Saddiq.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan majoriti 2-1, Syed Saddiq kekal bebas

 'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh

'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas

 Bella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq

'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah

Keluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah

'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq