Kes tikam di sekolah: Suspek akan dituduh di mahkamah esok

Iklan
Suspek direman selama empat hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

SHAH ALAM - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting Kuala Langat akan didakwa di mahkamah esok.

Polis Selangor memaklumkan pertuduhan akan dibuat pada jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

“Pertuduhan kes tikam pelajar. Pertuduhan akan dibuat pada 10 Julai (esok) jam 8 pagi di Mahkamah Telok Datok,” katanya pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan suspek direman selama empat hari selepas perintah dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di mahkamah sama bagi membantu siasatan kes dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Iklan

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar perempuan cedera selepas dipercayai ditikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau oleh rakan sekolahnya di kantin sekolah ketika waktu rehat.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk paru-paru dan kini menerima rawatan di hospital.

Iklan

Suspek direman selama empat hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin

Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh

Suspek kes tikam pelajar direman empat hari

Kes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU