Pelajar ditikam di sekolah: 'Pasukan perubatan berusaha keluarkan darah pada paru-paru anak saya'

Iklan
Bapa mangsa kes tikam di sekolah, Mohd Firuz Ibrahim,berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja sebelum menyedari terdapat beberapa panggilan tidak dijawab daripada pihak sekolah yang cuba menghubunginya untuk memaklumkan insiden berkenaan. Foto Bernama.

KUALA LANGAT - Pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang ditikam di sebuah sekolah di Banting di sini, cedera pada bahagian paru-paru selain turut mengalami kira-kira 16 luka tikaman pada bahagian badan dalam kejadian sekitar 9 pagi tadi.

Bapa mangsa Mohd Firuz Ibrahim, 43, berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja sebelum menyedari terdapat beberapa panggilan tidak dijawab daripada pihak sekolah yang cuba menghubunginya untuk memaklumkan insiden berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya ketika itu sedang menyusun barang dan tidak perasan telefon saya berbunyi namun bila saya telefon semula pihak sekolah, saya ingat anak saya cuma tak sihat dan tak sangka dia menjadi mangsa tikaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

Iklan

Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

Iklan

'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin

Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh

Suspek kes tikam pelajar direman empat hari

Kes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU

Ahli keluarga kepada pelajar mangsa tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting berada di Hospital Banting di mana mangsa berkenaan menerima rawatan pada Isnin. Foto Bernama.

Mohd Firuz Ibrahim (kanan) bapa kepada pelajar mangsa tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting semasa ditemui di Hospital Banting di mana manga berkenaan menerima rawatan. Foto Bernama.

Mohd Firuz turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian itu dan memohon pihak sekolah supaya mengetatkan tahap keselamatan agar kejadian sama tidak berulang.

Beliau turut difahamkan suspek adalah rakan sekelas anaknya ketika Tingkatan Dua dan kini sedang dicutikan bagi menjalani rawatan kesihatan.

"Saya rasa anak saya mungkin bukan sasaran asal suspek, mungkin dia nak sasar orang lain tapi mungkin dia yang paling dekat dan tak sempat nak lari. Jadi, dia yang kena," katanya.

Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting di sini direman empat hari bermula hari ini. Foto Bernama

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat pagi tadi telah ditahan pihak polis.

JPN Selangor turut memaklumkan pelajar perempuan yang cedera sedang diberikan rawatan di Hospital Banting.