Berpolitik jangan sampai gugat kestabilan kerajaan Persekutuan - Tok Mat
Iklan
Mohamad (kanan) menyantuni pengundi DUN Tiram di Johor Bahru pada Ahad.
JOHOR BAHRU – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hassan mengingatkan semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya berkempen secara berhemah dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, perbezaan pendapat dan kritikan dalam kempen pilihan raya adalah perkara biasa, namun ia perlu dibuat secara berfakta serta tidak melibatkan serangan bersifat peribadi.
Iklan
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM
Iklan
Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan
'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'
Iklan
PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?
PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin
PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin
Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu
Katanya, semua pihak perlu menyedari bahawa kerajaan Persekutuan ketika ini masih ditadbir secara bersama oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, justeru kempen politik perlu mempunyai batas.
"Mengenai dasar atau parti, itu tiada masalah. Namun kita kena berpada-pada kerana di peringkat Persekutuan kita masih lagi menguruskan negara secara bersama. Jangan sampai merosakkan negara.
"​Yang penting jangan kita menggugat kestabilan negara yang sekarang menjadi sebagai tunggak," katanya selepas menghadiri program makan tengah hari bersama pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram di Ulu Tiram pada Ahad.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, kestabilan politik dan keamanan negara perlu dipelihara kerana ia menjadi faktor utama keyakinan pelabur serta pelancong asing untuk memilih Malaysia.
Katanya, suasana politik yang stabil telah menyumbang kepada peningkatan prestasi negara termasuk dalam sektor pelancongan.
"Tahun lalu Malaysia menerima kira-kira 42 juta pelancong dan menjadi antara yang tertinggi di rantau ASEAN, mengatasi Thailand.
"Orang datang kerana melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan stabil. Jangan disebabkan pilihan raya, kita akhirnya merugikan diri sendiri," katanya.
Ketika ditanya mengenai dakwaan PRN Johor mempunyai kaitan dengan usaha membebaskan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, Mohamad menegaskan dakwaan itu tidak berasas.
"PRN Johor ini tiada kaitan dengan Datuk Seri Najib atau pembebasan beliau. Kita sebuah negara yang menghormati kedaulatan undang-undang.
"Kalau ini pilihan raya untuk membentuk kerajaan Persekutuan mungkin orang boleh membuat andaian sedemikian, tetapi ini hanya pilihan raya negeri. Apa yang Menteri Besar boleh buat untuk membebaskan Datuk Seri Najib?.
"Pengampunan itu kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, jadi kita tidak perlu ambil kuasa baginda dan jangan pula kita perkecilkan kuasa tersebut, itu perlu difahamkan terlebih dahulu," katanya.
Menurut beliau, PH terpaksa berdepan pilihan raya itu bagi memastikan kestabilan negara dapat dikekalkan selain meneruskan kerjasama baik antara kerajaan negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786563/berita/politik/prn-johor-diadakan-awal-demi-bebaskan-najib---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #PH
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.