Kritik PM: Exco AMK tempelak Nurulhidayah, pemimpin senior patut semak fakta bukan tajuk berita

Hantaranyang dikongsi Nurulhidayah menerusi laman Facebook miliknya.
Hantaranyang dikongsi Nurulhidayah menerusi laman Facebook miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Noor Atillah Abdullah Sani menempelak Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kerana membuat kritikan terhadap Perdana Menteri tanpa menyemak fakta terlebih dahulu.

Noor Atillah berkata, jika benar mahu mengkritik, ia perlu dibuat berdasarkan ucapan penuh bukan berdasarkan tajuk yang mengundang klik.

Menurutnya,tahap pemimpin senior sepatutnya semak transkrip dulu, bukan sekadar kongsi tangkap layar.

"Kepada Nurul Zahid, lain kali sebelum marah, semak dulu fakta. Jangan baca tajuk, terus buat karangan.

"Perdana Menteri langsung tak sebut Barisan Nasional (BN) tak layak memerintah Johor. Yang disebut ialah kebimbangan jika kelompok yang pernah terpalit dengan rasuah kembali menguasai negara.

"Siap ada syarat jelas, kalau datang dengan pasukan yang lebih bersih, lebih baik, beliau sedia hormat," ujarnya menerusi laman Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, Nurulhidayah berkongsi tajuk berita sebuah portal 'BN nak kembali perintah negara 'no way', tak boleh jahanam ini negeri- PM Anwar' di Facebook miliknya.

Menerusi hantaran yang sama beliau berkata, setiap kali pilihan raya, skripnya tetap sama, mainkan sentimen, cipta kebimbangan dan aihkan perhatian daripada perkara yang benar-benar rakyat mahu dengar.

Katanya, jangan hina kebijaksanaan pengundi dengan menganggap mereka hanya boleh dipengaruhi melalui propaganda dan momokan.

Artikel Berkaitan:

Noor Atillah memberitahu, perbezaan antara fakta dan persepsi adalah boleh disemak serta sedap dijadikan kapsyen.

Jelas beliau, jangan sampai terlalu ingin menyerang lawan, akhirnya yang terserlah hanyalah kegagalan sendiri memahami perkara sebenarnya diperkatakan.

"Kritikan beliau bukan terhadap BN sebagai sebuah parti, tetapi terhadap kelompok yang mempunyai rekod rasuah dan mahu kembali menguasai negara.

"Kenyataan 'no way, tak boleh, jahanam ini negeri' juga disebut dalam konteks kebimbangan jika kepimpinan yang pernah dikaitkan dengan salah guna kuasa kembali diberi mandat, bukannya satu kenyataan bahawa BN tidak boleh mentadbir Johor dalam apa jua keadaan.

"Ironinya, mereka yang sering bercakap tentang politik matang dan fakta pula memilih untuk memetik tajuk yang dipotong daripada konteks sebenar," ulasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!