LIMA - Kerajaan Peru mengisytiharkan darurat di 796 daerah merentasi 22 wilayah dan Wilayah Perlembagaan Callao, susulan hujan lebat yang dikaitkan dengan fenomena El Niño, menurut Pejabat Presiden pada Khamis, lapor Xinhua.
Langkah darurat itu akan dikuat kuasa selama 60 hari, membolehkan tindakan"segera dan perlu” dilaksanakan bagi mengurangkan risiko sedia ada serta menyokong usaha tindak balas dan pemulihan.