Kursus BLS Pusat Koreksional Batu Gajah diiktiraf MBOR

Iklan
Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, Penolong Komisioner S Tanabal selaku Pengerusi kursus bersama sebahagian peserta yang menyertai Kursus BLS dan Automated External Defibrillator (AED).

BATU GAJAH - Pusat Koreksional Batu Gajah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaian penganjuran kursus asas sokongan hayat (BLS) bertauliah yang pertama untuk banduan di negara ini.

Program hasil kerjasama strategik bersama Hospital Batu Gajah itu melibatkan 42 penghuni penjara terdiri daripada 12 lelaki dan 30 wanita yang terpilih selepas melalui proses temu duga.

Iklan
Iklan

Lebih membanggakan apabila sijil kursus yang diperolehi boleh dimanfaatkan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan kepada banduan apabila mereka kembali kepada masyarakat.

Pengarah Penjara Negeri Perak, Timbalan Komisioner Penjara Fayrouz Ahmad Zawawi berkata, latihan yang diberikan merangkumi pembelajaran teori, latihan amali serta penilaian melalui peperiksaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan

Menurutnya, kursus berkenaan turut melibatkan kehadiran doktor pakar bagi memastikan prospek menerima pendedahan dan bimbingan secara profesional.

"Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, prospek bukan sahaja mampu membantu menyelamatkan nyawa rakan lain di dalam institusi, malah sijil ini boleh dimanfaatkan apabila mereka dibebaskan kelak," katanya.

Iklan

Fayrouz berkata, latihan yang diberikan merangkumi pembelajaran teori, latihan amali serta penilaian melalui peperiksaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh KKM.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Penutup Kursus BLS dan Automated External Defibrillator (AED) kepada prospek Pusat Koreksional Batu Gajah di sini pada petang Rabu.

Sijil pengiktirafan disampaikan Pegawai Rasmi Malaysia Book of Records, Siti Hajar Johor masing-masing kepada Pusat Koreksional Batu Gajah dan Hospital Batu Gajah.

Sementara itu, Pengarah Hospital Batu Gajah, Dr J Jayakumaran berkata, kesemua 42 prospek telah lulus sepenuhnya dan diiktiraf sebagai pengamal BLS.

Katanya, idea kursus berkenaan tercetus selepas pihaknya melihat peluang untuk melaksanakan program yang memberi nilai tambah kepada prospek, selain membuka ruang kerjasama lebih luas antara institusi kesihatan dan pemulihan.

"Kami berharap ilmu dan sijil yang diperoleh dapat membantu mereka apabila kembali ke masyarakat kelak," katanya.

Dalam pada itu, peserta kursus yang dikenali Lyn, 44, menyifatkan peluang mengikuti kursus tersebut sebagai pengalaman berharga yang memberi makna besar dalam hidupnya.

Ibu kepada lima anak berasal dari dari Kangar, Perlis itu berkata, kemahiran yang dipelajari bukan sahaja boleh dimanfaatkan dalam masyarakat, malah amat penting untuk membantu ahli keluarganya yang mempunyai sejarah penyakit jantung.

“Sebelum ini kita hanya melihat orang lain menyelamatkan mangsa, tetapi kini saya sendiri mempunyai ilmu untuk bertindak jika berlaku kecemasan.

“Ia memberi keyakinan kepada saya untuk membantu orang lain apabila diperlukan,” katanya.

Seorang lagi peserta, Shaq, 36, dari Seremban berharap, program seumpama itu diteruskan kerana memberi impak positif kepada prospek dalam usaha membina semula kehidupan mereka selepas menjalani hukuman.

Shaq, 36, dari Seremban berharap, program seumpama itu diteruskan kerana memberi impak positif kepada prospek dalam usaha membina semula kehidupan mereka selepas menjalani hukuman.

“Saya pernah belajar asas ini semasa di sekolah, tetapi sudah lama tidak diamalkan. Program ini memberi peluang untuk saya mengingati semula dan mempraktikkannya.

“Malah, sijil ini juga boleh membantu saya mendapatkan pekerjaan dan memulakan kehidupan baharu,” katanya.