'Saya berpusing-pusing di tempat sama, keluar di tempat yang sama' - Jaslinda

Iklan
Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada 24 Mei ditemukan dalam keadaan selamat pada Sabtu. Foto tular.

PETALING JAYA - Pengalaman berpusing-pusing di lokasi yang sama sehingga tersasar daripada laluan pendakian menjadi antara detik mencabar yang dilalui pendaki, Jaslinda Saludin, sepanjang hampir dua minggu berada di dalam hutan Gunung Batu Putih, Perak.

Menerusi beberapa video tular yang dirakam selepas ditemui di perkampungan Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, Jaslinda, 49, berkongsi pengalaman berdepan situasi tersebut apabila mendapati dirinya kembali ke lokasi yang sama walaupun sudah meneruskan perjalanan dari puncak gunung.

Iklan
Iklan

'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

Jaslinda dilaporkan telah dibawa keluar dari perkampungan itu dengan ambulans sebelum tiba di Hospital Tapah pada jam 9.20 malam untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Iklan

'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda

Saya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

Iklan

Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada 24 Mei ditemukan dalam keadaan selamat pada Sabtu.

“Jadi saya tukar arah ke kanan, itu yang jumpa bukit itu. Bukit itu ada dua, tapi sebelum itu saya dah naik gunung itu,” katanya.

Menurutnya, keadaan muka bumi yang berbukit serta struktur tanah yang lembut turut menyukarkan usahanya untuk mencari jalan keluar dari kawasan berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 23 Mei lepas turut dilakukan dengan pencarian melalui udara. Foto Bernama

Sementara itu, penduduk kampung, Bah Roslan Bah Sulpok, 51, berkata, dia menemui Jaslinda dalam keadaan lemah ketika wanita itu menyeberangi jambatan berhampiran kampung berkenaan.

Menurutnya, dia mengenali wanita tersebut sebagai Jaslinda selepas melihat gambar yang tular di telefon bimbit.

Aktiviti SAR giat dijalankan di Kem Kantoi hingga ke Gunung Rayu.

Jaslinda dilaporkan telah dibawa keluar dari perkampungan itu dengan ambulans sebelum tiba di Hospital Tapah pada jam 9.20 malam untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

Jaslinda sudah ditemui - Polis

Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba

'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda

Tulisan tertera"HAFIZ AMBIK GAMBAR AKAK DH SAMPAI” itu ditinggalkan Jaslinda di atas tanah di puncak Gunung Batu Putih.

'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda

Saya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

Operasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira

'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda