KUALA LANGAT – Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Bulatan Pulau Carey menghala ke Kampung Sawah, Jenjarom, Teluk Panglima Garang pada Jumaat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.59 petang.