JOHOR BAHRU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kejadian kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau di sini yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya.
TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan teknikal TNB sudah digerakkan ke lokasi dan sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik kepada pengguna yang terjejas.