Jerebu: Larkin, Pasir Gudang catat IPU sangat tidak sihat

Iklan
Sebanyak enam kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.

KUALA LUMPUR - Larkin dan Pasir Gudang di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat dengan masing-masing mencatatkan bacaan 202 setakat 5.30 petang ini manakala 27 kawasan berada pada tahap tidak sihat.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), enam kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Pengerang (181), Batu Pahat (171), Kota Tinggi (171), Kluang (168), Tangkak (159) dan Segamat (156).

Iklan
Iklan

Sementara itu, Johan Setia mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Selangor iaitu 184 diikuti Klang (176), Petaling Jaya (173), Shah Alam (168), Banting (162) dan Kuala Selangor (152) manakala tiga stesen di Negeri Sembilan juga merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Nilai (181), Seremban (174) serta Port Dickson (170).

Kemerosotan kualiti udara turut direkodkan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka dengan bacaan 180, Bukit Rambai (175) dan Alor Gajah (169) manakala di ibu negara, Batu Muda dan Cheras masing-masing mencatatkan bacaan 163 selain Putrajaya (170).

Iklan

Di Perak, dua kawasan terlibat ialah Seri Manjung (160) dan Tanjung Malim (158) manakala di Pahang, kawasan terlibat Temerloh (139) dan Rompin (103) sementara bacaan tidak sihat di Sabah membabitkan Tawau (153) dan Sandakan (107).

Sebanyak 27 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala hanya satu stesen di seluruh negara mencatatkan kualiti udara baik iaitu di Sarikei, Sarawak dengan bacaan 50.

Iklan

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berbahaya. - Bernama