WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) merampas sebuah kapal tangki minyak yang dikaitkan dengan Iran di Lautan Hindi, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Wall Street Journal pada Selasa, ketika Washington mengekalkan tekanan ketenteraan dan ekonomi terhadap Tehran walaupun rundingan masih diteruskan.
Kapal tangki dikenali sebagai Skywave itu dikenakan sekatan oleh AS pada Mac susulan peranannya dalam mengangkut minyak Iran dan dipercayai membawa lebih satu juta tong minyak mentah yang dimuatkan di Pulau Kharg, Iran pada Februari, menurut laporan itu.