IPTS berdepan masalah kewangan

Iklan
Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 memberi kesan kewangan kepada institusi pengajian tinggi swasta. - Foto 123RF

SHAH ALAM - Penundaan pengambilan pelajar baharu susulan Perintah Kawalan Pergerakan memberi kesan kewangan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Justeru, Presiden Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Sarawak (Perintis), Mohd Isham Fauzi bimbang sekiranya IPTS yang tidak mempunyai kewangan mampan tidak mampu meneruskan operasinya.

Iklan
Iklan

"Apa bakal terjadi kepada pelajar sedia ada? Mereka ini telah mengambil pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tetapi gagal meneruskan pengajian kerana universiti atau kolej mereka terpaksa ditutup," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, Pakej Prihatin PKS Tambahan yang diumumkan kerajaan dilihat tidak menjurus kepada sektor IPTS.

Iklan

"Bagaimana IPTS mahu meneruskan operasi kerana perlu membayar gaji kakitangan, utiliti yang tinggi dan bayaran sewaan jika pendapatan tidak mencukupi.

"Seperti sedia maklum, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mutapa Mohamed menyatakan IPTS menyumbang sebanyak RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya.

Iklan

Mohd Isham dalam pada itu berkata, bagi tujuan pembelajaran dalam talian atau digital kepada pelajar sedia ada, pihak IPTS perlu mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menaik taraf sistem berkenaan.

"Kita harap kerajaan dapat mempertimbangkan bantuan kepada IPTS yang terjejas kerana turut membantu menggilap pelajar yang gagal ke IPTA untuk terus menjadi modal insan negara," katanya.