Raub dilanda banjir, satu PPS dibuka

Iklan
Keadaan kawasan rumah penduduk yang dinaiki air. Foto APM Raub

RAUB - Hujan lebat berterusan sejak awal pagi menyebabkan kawasan sekitar Kampung Batu Talam di sini dilanda banjir pada Rabu.

Limpahan air Sungai Kapur, Batu Talam juga memaksa 49 penduduk daripada 16 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Falah.